Malam jumaat lepas kami sekeluarga (kecuali kakak Syaima' yg dok asrama) telah berpeluang menyaksikan persembahan istimewa oleh kanak-kanak OKU (orang kelainan upaya) yang kurang upaya pendengaran dari Sekolah Pendidikan Khas Selangor. Koir ini menggabungkan persembahan oleh pelajar UiTM sendiri dan pelajar-pelajar sekolah pendidikan khas ini. Yang uniknya semua persembahan adalah dalam bentuk bahasa isyarat, ada muzik diperdengarkan untuk kita yang normal.
Banyak sungguh pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan kepada umi, pertama kali bila diajak anak-anak untuk melihat koir ini. Bila dah saksikan sendiri barulah mereka faham bagaimana rupanya interaksi menggunakan bahasa isyarat. Sungguh unik dan indah ciptaan Allah, Maha Suci Allah yang menganugerahkan kita kebolehan mendengar dan bertutur. Oleh itu kita mesti menggunakan nikmat Allah ini sebaiknya untuk perkara-perkara yang baik sahaja.

kualiti gambar kurang memuaskan, photographer (hakim) tak bertauliah |
Comments