Friday, February 11, 2011

  Serimuka mokwo nik

Ini kali kedua umi mencuba resepi kuih serimuka mokwo nik ni, memang sedap dan hasilnya sangat cantik.  Setakat ini umi sudah berpuas hati dengan resepi ini, insyaAllah akan kekal dengan resepi ini kerana sukatan bahan-bahannya senang diingat.  Yalah, kadang-kadang umi masuk dapur teringin nak masak kuih atau hidangan petang, tapi masa agak terhad sejak ada baby kecil kat rumah ini.  Mana sempat nak belek buku resepi lagi kan?  Jadi kalau ada resepi yang senang diingat macam ni, memang umi suka sangat!


Ok lah, jangan buang masa.  Jom kita semak resepinya.  Kalau nak tengok hasil yang asal, jenguk sini.
resepi asal: Amy Beh
salin dari dapur ;mokwonik

bahan2:
1 biji kelapa parut---perah ambil  200ml santan pekat dan 300ml santan cair -umi guna santan kotak

lapisan pulut:

300ml pulut--basuh dan rendam 3 jam, tuskan
2 helai daun pandan--siat2 dan simpul -umi tak letak
300ml santan cair--ambil dari perahan santan di atas
1 sudu besar gula
garam secukupnye dlm 1/2 sudu kecil

cara2:

  1. satukan semua bahan2 di atas
  2. kukus sehingga pulut masak jernih
  3. tekan2 dlm acuan loyang bulat 8 " yg telah di alas dgn plastik










lapisan hijau atas:
bahan2:

1 biji telur A
100 gm gula
200ml santan pekat dari perahan kelapa di atas
secubit garam
1/2 pandan pes
6sudu besar tepung gamdum
1 sudu besar tepung beras
4 helai + daun pandan 100ml air---blend jadi juspandan


cara2:
  1. dgn menggunakan hand whisk satukan semua bahan sampai sebati n tak berketul
  2. dgn kekdah double boiler kacau adunan sehingga agak skit pekat 
  3. tuang atas lapisan pulut tadi
  4. kukus sampai masak
  5. tunggu sejuk baru potong klau tak, tak cun lerr kuih!


      Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




      0 comment

       

      Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com