Saturday, February 19, 2011

  Menambahkan nutrisi susu badan

Sudah masuk hari ketiga umi mengambil supplement Shaklee set B.  Set B ini mengandungi Vita Lea (multi vitamins), Vita C, B Complex dan Alfalfa bagi membantu menambahkan kualiti dan kuantiti susu badan.  Seupaya mungkin umi ingin pastikan anak umi dapat menyusu badan sepenuhnya.  Maklumlah, sudah masuk anak kelapan ini umi bimbang juga jika kualiti susu menurun.  Jadi umi pun cuba produk Shaklee ini.  Alhamdulillah nampaknya hasil sangat memuaskan, walaupun baru hari ketiga umi sudah nampak peningkatan yang sangat memberangsangkan.

Nampak tak perbezaan EBM kiri dan kanan ni?  Mungkin gambar tak begitu terang, yang pasti memang EBM kiri tu lebih pekat berbanding yang sebelah kanan.




Jika ada ibu-ibu yang sedang menyusukan anak dan berniat untuk menambahkan kualiti serta kuantiti susu, bolehlah mencuba produk ini.  Umi bukan bermaksud nak promote atau berniaga cuma nak berkongsi pengalaman dan perkara yang baik sebegini elok kita kongsi, betul tak?
Maklumat lanjut boleh lihat di sini.  Boleh juga cuba hubungi Mommy Lyna(0122811136)  atau melalui emel: mommy@fahry.net jika nak bertanya mengenai produk Shaklee set B ini.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




1 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com