Assalamualaikum semua. Kebelakangan ini umi selalu tertangguh untuk update blog, banyak aktiviti wajib di rumah yang menyebabkan umi terpaksa membelakangkan aktiviti blogging ini. Bila ada rakan ibu menyusu yang minta umi kongsikan petua/tips bagi menambahkan kuantiti susu badan, umi rasa terpanggil untuk menulis kembali. Sebenarnya umi takde amalkan sebarang petua khusus, kebanyakan amalan pun secara adhoc dan tidak tetap. Kalau kita rajin search di Internet, banyak sekali pengalaman penyusuan yang boleh kita baca, antara yang menarik perhatian umi adalah bagaimana nak menambahkan kuantiti susu badan. Antara yang menarik boleh baca di sini dan pernah umi cuba adalah seperti:
1. Minum air longan-jika berminat nak dapatkan yang fresh, hubungi Ust Daud Lin (012-3321397)
2. Buah kurma
3. Minum madu awal pagi sebelum sarapan
4. Sup lobak putih
5. Ambil multivitamin - sekarang ini umi teruskan makan obimin. Selalu doktor beri obimin ini untuk ibu mengandung untuk tambah darah, jadi secara logiknya susu pun sebenarnya adalah berpunca dari darah. Jadi waktu menyusu juga umi makan obimin untuk tambah darah (susu).
Dan pelbagai jenis makanan lagi yang dicadangkan oleh orang tua serta kawan-kawan.
Susu yang dipam atau expressed breastmilk (EBM) boleh disimpan dalam freezer sehingga 3 bulan.
Walaupun begitu, umi yakin bahawa susu ibu yang dikurniakan Allah hanya kepada ibu menyusu ini memang 'supply on demands'. Oleh itu cara terbaik untuk memastikan bekalan susu ini mencukupi, umi amalkan:
1. Sebanyak mungkin 'direct feeding' kepada baby
2. Pam susu secara berkala 2 atau 3 jam sekali, bukannya menunggu bila rasa susu penuh atau ada rasa 'let down' sahaja
3. Pastikan minum secukupnya
4. Kawal stress dan emosi - ibu menyusu perlu sentiasa mood ceria dan gembira!
5. Dapatkan sokongan keluarga - suami dan anak-anak banyak menyokong dan membantu
Yakinlah bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda (macam iklan kat hospital pulak!)

Comments