Krisis di Mesir

Assalamualaikum wm.  Moga pagi yang cerah dan ceria ini mampu memberikan cahaya kegembiraan dan menambahkan keceriaan hidup kita.  Alhamdulillah sejak kembali bekerja setelah hampir dua bulan 'bekerja sepenuh masa' di rumah, umi rasa lebih bersemangat untuk menyambung tugas sebagai pendidik.

Tahun 2011 membuka lembaran baru dalam sejarah dunia apabila kita dikejutkan dengan berita gempar krisis politik yang berlaku di Mesir.  Seluruh rakyat pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga asing yang bekerja dan menetap di Mesir turut terkesan dengan peristiwa ini.  Termasuk juga pelajar-pelajar kita yang sedang menuntut di sana. Macamana agaknya keadaan mereka sekarang ini, keadaan huru-hara begini tanpa jaminan keselamatan.  Hanya Allah sahaja yang mampu membantu dan melindungi mereka.

Menumpaskan Hosni Mubarak bukan hanya penting untuk memperbaiki keadaan politik di Mesir malah agenda yang lebih besar  adalah untuk meruntuhkan sekatan sempadan di Rafah dan membuka laluan ke Palestin.  Banyak artikel dan tulisan berkaitan peristiwa ini boleh kita baca di media cetak seperti surat khabar dan sebagainya, tak kurang juga melalui media eletronik seperti TV, radio dan blog.  Jadi sebagai menyambung seruan menyampaikan dakwah melalui blog begini, umi ingin kongsikan beberapa pautan yang boleh kita baca untuk mendapatkan maklumat dan gambaran yang lebih tepat berkaitan peristiwa bersejarah ini.

Antara pautan yang umi suka baca adalah blog kak sakinah, banyak maklumat terkini yang dikongsikan.   Selain dari itu umi juga baca tentang nasib pelajar-pelajar Malaysia di sana melalui blog Norul Mas Hana di sini.

Jadi marilah kita bersama berdoa dan meniupkan semangat buat saudara seperjuangan kita di bumi Mesir.

Comments