Kali pertama umi mencuba kek kukus coklat ini. Resepi ini terjumpa masa 'ronda-ronda cari resepi' di dapur kak zai yang rajin sungguh buat kek. Umi salin resepi di sini, minta izin ye kak zai!
Kek Coklat Kukus Zaiima (very moist)
Sumber: NoorMasri
Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara :
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .
Nak lihat keratan rentas kek ini, hmm..gebu dan lembap

Comments