Wednesday, February 16, 2011

  Hari penuh kenangan bersejarah

Sejak sikecil Naufal ni ada bersama kami, umi jadi ibu susuan dia.  Nampaknya Imran kena berkongsi susu dengan Naufal, boleh ye Imran?  Imran nampak ok je, syukur sangat kerana dia tak meragam dan tidak keberatan walau terpaksa berkongsi.  Kata abi, insyaAllah Allah murahkan rezeki Imran kerana sudi berkongsi sejak kecil lagi.
Umi pasti ramai yang tertanya-tanya siapa Naufal dan kenapa dia berkongsi susu dengan Imran?  Sebenarnya Naufal ini anak pertama makcik Ida iaitu sepupu Imran.  Ditakdirkan Allah makcik Ida ada sedikit masalah dengan penyusuan Naufal ini, maklum sajalah Naufal ni anak pertama, jadi mungkin disebabkan Naufal kurang menyusu jadi susu ibunya pun agak perlahan.


Baru-baru ini makcik Ida terpaksa dimasukkan ke wad beberapa hari, jadi Naufal tinggal bersama kami dan tidur dengan Imran.

Pagi Jumaat lepas yang penuh dramatik, umi terpaksa keluar awal untuk menghadiri Academic Conference yang berlangsung sejak khamis 10 Feb.  Kalut sungguh pagi tu menyiapkan anak-anak ke tadika dan taska serta dua orang baby ni.  Baru tahu macamana rasanya kalau ada anak kembar!  Dalam dok kalut itu ditakdirkan Allah tayar kereta pula pancit. Ya Allah! Macamana nak bergerak ni?

Umi waktu tu panik sekali, rasa tersirap darah memikirkan macamana nak hantar anak-anak, nak pergi seminar lagi dan segala macam perkara dalam kepala ni.  Syukur umi sempat telefon abi yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, abi keluar lebih awal lagi kerana tempat kerja abi agak jauh. Alhamdulillah abi belum masuk ke lebuhraya, jadi sempat pusing balik untuk tolong umi hantar anak-anak ni.

Setelah selesai urusan anak-anak, kami berusaha menukarkan tayar kereta pula.  Kebetulan abi ada mesyuarat penting pagi tu, kesian abi terpaksa maklumkan kelewatannya ke pejabat.  Akhirnya dapat juga umi ke seminar walaupun agak lewat lebih setengah jam dan abi sempat masuk ke mesyuaratnya.
Pemandangan dalam dewan baru UiTM iaitu Dewan Agung Tuanku Canselor.  Foru pagi ini dipengerusikan oleh bekas pelajar UiTM pelakon terkenal Fahrin Ahmad.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




6 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com