Sambil duduk berehat dengan baby Imran ini, umi belek-belek rambutnya yang baru nak tumbuh selepas dicukur tempohari. Nampak pusar rambutnya dah mula terbentuk. Terlintas di fikiran umi; agaknya kalau pusar satu di kepala, adiknya mesti sama jantina dengan dia. Sebaliknya kalau pusar 2 di kepala, adiknya berlawanan jantina dengan dia. Contohnya kakak Syaima ada dua pusar (satu di tengah kepala, satu lagi di depan dahi), adiknya Hakim lelaki. Pusar Hakim satu sahaja, adiknya Azzam juga lelaki. Begitu juga Ammar. Tapi Faisal ada dua pusar dan adiknya perempuan! Kemudian Syakirah juga dua pusar dan adiknya memang lelaki!
Hahaha..agak lucu bila memikirkan perkara ini. Umi nak uji kepada anak saudara yang lain pula, betul ke tidak hipotesis ini. Kalau betul hipotesis umi ini, boleh buat kajian menjadi teori pula; err..kita namakannya Teori Pusar Rambut Anak hehe..
What say you?

Comments