Monday, January 31, 2011

  Trifle perisa raspberry

Hidangan puding yang ringkas dan segera.  Sesuai dihidangkan waktu cuaca panas begini.
Resepi ini umi ambil dari MyR kiriman daniaelyza.  Rujuk sini untuk resepi asal.


Bahan-bahan:
1 tin susu cair -umi guna susu Ideal
1 sb gula pasir
4 sb tepung kastad
400ml air
1/2 biji kek gulung -umi gula 1 biji kek swiss roll perisa pandan
1 tin buah koktel -asingkan air
1 peket agar-agar jeli kristal jenama Nona - umi guna 2 peket perisa raspberi
400ml air panas

Cara membuatnya: -umi ubahsuai sedikit dari resepi asal
1.  Panaskan susu dan gula dalam periuk.
2.  bancuhkan tepung kastad besama 400ml air, masukkan kedalam periuk berisi susu tadi.
3.  Masak sehingga adunan kastad menjadi pekat.  Tutup api.
4.  Potong kek kepada beberapa bahagian.  Susun kepingan kek ini ke dalam bekas yang sesuai.
5.  Ambil air dari tin buah koktel tadi dan renjiskan ke atas kek biar kek basah.
6.  Tuang bancuhan kastad ke atas susunan kek.
7.  Aturkan pula buah-buah koktel.
8.  Bancuh serbuk agar-agar jeli dengan air panas.  kemudian tuangkan ke atas adunan kek tadi.
9.  Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




1 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com