Wednesday, January 19, 2011

  Tidur yang selesa dan nyaman

Fitrah bayi kecil tidur adalah dalam posisi meniarap sejak dari dalam kandungan rahim lagi.  Kesemua anak umi memang ditiarapkan ketika tidur sejak kecil.  Banyak faedah tidur posisi begini, antaranya bayi dapat tidur lena tak mudah terperanjat, dapat juga mengurangkan risiko kembung perut.  Tapi kita kena pastikan betul-betul keadaan bayi yang tidur sebegini.  Alas tempat tidurnya mestilah keras dan tegap supaya bayi tidak tersembam dan boleh menyebabkan kesukaran bernafas. Imran ini umi letakkan tidur meniarap di atas sofa.

Bayi biasanya pandai mengubah posisi mukanya dan tengkuknya apabila dia lenguh.  Mungkin dua hari yang pertama kita kena bantu mengalihkan posisi mukanya; setengah jam pertama mengadap ke kanan dan berikutnya mengadap ke kiri.

Kedudukan bantal kecil diletakkan di pipi dan sebahagian dada bayi, dengan ini bayi boleh mengangkat kepalanya dan menukar ke posisi yang lebih selesa.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com