Tak perlu pacifier, jari pun cukup!

Kadang-kadang bayi menangis disebabkan beberapa perkara.  Antaranya dia mungkin lapar, basah, perutnya kurang selesa, resah nak tidur atau sekadar inginkan perhatian.
Jadi sebagai ibu atau pengasuh perlu memerhatikan punca-punca ini.

Imran ini suka dikendong dan dia juga suka tidur dibahu. Jadi bila dia menangis, umi selalu dakap dia ke bahu. Kadang kala dia boleh tidur hampir 2 jam bila didakap begini, tapi penatnya bahu dan lenguh badan kita dibuatnya.  Jadi jika dia sekadar menangis kerana resah nak tidur, umi masukkan ibu jari Imran ini ke mulutnya dan dia akan tertidur sambil menghisap jari halusnya itu. 

Comments

NzA said…
comelnya imran tidur.....
Unknown said…
salam umi. dah begitu montel imran ni. anak-anak kecil kat rumah ni pun sama, suka hisap jari. entah apalah yang nikmat sangat tu sampai chup chup bunyinya hehe.
Nor said…
salam kakchik. org tua2 kata kalau budak hisap jari nak tidur tu maknanya budak baik. betul ke? mudah2an ye kakchik ;-)