Friday, January 28, 2011

  Sambal Telur

Sesekali bagi peluang anak-anak makan telur lebih dari kadar yang biasa.  Anak-anak memang suka makan telur ayam baik digoreng mahupun yang direbus makan dengan kicap.  Selalunya umi hadkan pengambilan telur (termasuk dalam kek dan kuih muih) anggaran 2 biji seorang untuk tempoh seminggu.  Kali ini bagi mereka makan lebih sikit, tapi minggu depan kena ganti balik, kurangkan masakan yang menggunakan telur.  Bukan apa, kolesterol tinggi, masa kecil lagi nak kena awasi pemakanan mereka ni.

Ok, cerita pasal sambal telur sebenarnya ini versi mudah dan cepat.  Maklumlah masa untuk memasak agak terhad, jadi kena pilih gaya masakan yang cepat, ringkas tapi sedap dan berkhasiat.

Bahan-bahan:
6 biji telur - direbus
2 biji bawang besar
11/2 inci halia
2 ulas bawang putih
3 sb cili boh
1 st serbuk pati belacan
60ml santan
1/2 st garam
2 -3 sb gula
minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara membuatnya:
1.  Telur yang direbus tadi dikopekkan kulitnya.  Goreng dalam minyak panas dan toskan.
2.  Kisar bawang besar, halia dan bawang putih.
3.  Tumis bahan yang dikisar tadi bersama cili boh biar naik bau dan agak garing.
4.  Masukkan serbuk pati belacan, gula, garam dan santan.  Kacau rata.  Biar kuah agak pekat.
5.  Masukkan telur yang telah digoreng tadi, kacau rata dan tutup api.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




1 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com