Tuesday, January 11, 2011

  Nasi goreng cepat dan sedap

Idea asal nasi goreng ini umi dapat dari makcik Pah, pembantu yang kerja di rumah nenek.  Makcik Pah inilah yang telah mengasuh Syaima', Hakim dan Azzam waktu kecil.

Setiap kali ada baki nasi semalam yang masih elok, mesti makcik Pah buat nasi goreng; jangan membazir katanya.  Kakak Syaima' pun dah boleh buat sendiri nasi goreng macam ni, cepat dimasak dan sedap dimakan!

Bahan-bahan:
3 c nasi
1 ulas bawang besar
1 ekor ikan goreng - ambil isi ikan
1 biji cili merah
1 biji telur
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1.  Panaskan minyak dalam kuali.
2.  Tumbuk isi ikan, bawang besar dan cili merah hingga lumat.
3.  Tumis bahan yang ditumbuk tadi biar agak garing.
4.  Masukkan garam secukup rasa.  Kacau biar rata.
5.  Masukkan nasi, kacau sebentar.  Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau biar rata.
6.  Nasi goreng ini sedap juga dimakan bersama hirisan timun atau makan dengan keropok ikan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




2 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com