Saturday, January 29, 2011

  Muffin kukus

Resepi ini umi dapat dari maklangazie yang rajin buat kelas masakan.  Senang membuat muffin kukus ini dan hasilnya sangat memuaskan.  Anak-anak pun dah boleh buat sendiri, cuma kena berhati-hati dengan periuk pengukus yang panas tu ye!

Bahan-bahan A :
2 c susu cair (umi guna susu segar)
1 c minyak sayuran
1 3/4 c gula kastor
1 telur

Bahan-bahan B:
250g tepung superfine @ gandum
1 st serbuk penaik
1 st soda bikarbonat
50g serbuk koko
1 sb emulco coklat (umi tak letak pun)

Cara membuatnya:
1. Panaskan periuk pengukus
2. Satukan bahan A biar sebati
3. Maukkan bahan B dan gaul rata
4. Sudukan ke cawan muffin anggaran 2/3 penuh
5. Kukus selama 10 - 15 minit.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




8 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com