Dah sebulan rupanya..

(entry tertunggak dek kerana masalah traffik Internet yang amat parah, huhu..)
Di antara syariat Islam bagi anak yang baru lahir ialah mengazankan di telinga kanan dan iqamat di telinga kirinya.  Sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a yang bermaksud:
“Bahawasanya Nabi s.a.w. telah mengazankan di telinga al-Hasan bin Ali di hari ia dilahirkan, kemudian diiqamatkan di telinganya yang kiri”.
Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam kitab Tuhfatul-Maudud menyebutkan antara rahsia azan dan iqamat pada anak baru lahir ialah supaya kalimat pertama yang didengarkan di telinga anak adalah kalimat mulia yang mengandungi kebesaran Allah dan kalimah syahadah.  Selain daripada itu, syaitan akan menjadi lemah dan lari sebaik sahaja mendengar azan, sedangkan ia sangat menunggu-nunggu kelahiran bayi untuk diganggu sejak hari kelahirannya lagi.

Buat mak teh, mak su eni yang jauh di mata, umi paparkan gambar terbaru Imran yang berusia sebulan 5 hari.

Comments

mak su eni said…
montel!!^^