Bagaimana membuat water roux?

Sekarang ini umi jarang lagi menggunakan bread improver sebaliknya menggantikan bahan ini dengan water roux setiap kali membuat roti.  Rupanya water roux ini sudah lama wujud dalam dunia roti sejak dari dahulu lagi.  Nak kingsikan di sini cara-cara membuat water roux yang umi salin dari dapur noreen di UK.  Penggunaan water roux ini lebih sihat berbanding kita menggunakan bread softener atau bread improver, insyaAllah roti yang kita buat juga menjadi lembut dan gebu.  Yang mustahak sekali ialah teknik menguli mesti betul, senang cerita uli sehingga doh menjadi elastik dan tidak mudah koyak bila ditarik dengan jari.


Ok, jom kita semak resepi macamana nak hasilkan water roux ini.
Sumber dari noreen yang rajin memasak apa jua menu, semuanya nampak menyelerakan.

Bahan-bahan:
50gm tepung gandum
250ml air

cara:
  • satukan semua bahan di dalam mangkuk tahan panas
  • masak di atas api sederhana panas selama 2-3 min sehingga timbul buih2 kecil dan tidak berbentil2 (masak seperti masak kanji)
  • selepas itu pastikan adunan dikacau sentiasa sehingga buih2 tu hilang
  • padamkan api dan tuangkan adunan ke dalam mangkuk
  • tutupkan dengan cling film dan pastikan ianya cecah ke atas permukaan adunan supaya mengelakkan adunan cepat kering (lihat gambar)
  • setelah sejuk bolehlah disimpan di dalam fridge dan tahan selama 3 hari
  • apabila hendak menggunakannya keluarkan dari fridge dan biarkan pada suhu bilik
note: Water Roux Starter is something used in bread making to make bread/buns springy. The springiness is fairly noticeable when you have let the bread/buns cool. By using this starter it will make bread stays fresh and soft without using bread improver

Comments

Chik Mimi said…
lamanyaaaaaa sy tak meroti nak kena start balik ni.nnti majuk pulak si BM tu