Asam pedas dedikasi buat mak teh

Mak teh dah lama minta umi poskan resepi asam pedas ini.  Umi asyik tertangguh saja sebab setiap kali masak asam pedas lupa nak ambil sukatannya.  Kali ini dengan gigihnya umi mencatatkan semua sukatan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak asam pedas ini,  Oleh itu mak teh, jangan lupa mencuba ye!

Ok jom semak bahan-bahannya:
Seekor ikan terubuk (ikan lain pun boleh) - dipotong kpd 4-5 bahagian
7 - 8 batang bendi
daun kesum
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 bawang besar
1 inci halia
sedikit belacan -jika suka
4sb cili boh - tambah jika mahu lebih pedas
1 batang serai -diketuk
3sb asam jawa -bancuh dgn air menjadi 11/4 c air asam
2 keping asam gelugur
minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa

Cara membuatnya:
1.  Kisar bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia serta belacan jika digunakan.
2.  Panaskan minyak.  Tumis bahan yang dikisar tadi bersama cili boh.  Biar hingga naik minyak dan agak garing.  Masukkan serai.
3.  Masukkan air asam yang telah dibancuh tadi serta asam gelugur.  Jangan risau jika kuah nampak kurang kerana bila kita masukkan ikan nanti air ikan akan menambahkan kuantiti kuah.
4.  Kacau seketika.  Bila kuah hampir menggelegak, masukkan ikan dan sayuran.
5.  Masukkan garam dan serbuk perasa.  Kacau dengan perlahan supaya ikan tak hancur.
6.  Akhir sekali masukkan daun kesum, tutup api.


Comments

Unknown said…
sedapnya asam pedas...suka hirup kuah tu:)
Nor said…
betul tu nieza, ada juga yg cicah dgn roti. kalau dpt apam nieza ci cah kuah ni... yum yum!