Bila sudah masuk minggu ketiga Ramadhan, mood memasak pun dah menurun. Kadang-kadang buntu juga umi nak masak apa untuk juadah berbuka nanti. Selalunya kami makan ringkas sahaja, cukup dengan sejenis lauk dan sedikit sayur yang berkuah. Anak-anak suka lauk yang agak pedas dan kering seperti sambal bilis berkentang, daging blackpepper dan seumpamanya. Agak jemu dengan sambal bilis, kali ini umi nak cuba buat sambal kentang pula. Resepi ini mudah dan ringkas sahaja.
Bahan utama kentang yang dihiris dan digoreng terlebih dahulu. Kemudian tumiskan bawang besar, cili boh dan sedikit gula. Tambahkan kentang yang telah digoreng tadi, siap! Senangkan?
Bahan utama kentang yang dihiris dan digoreng terlebih dahulu. Kemudian tumiskan bawang besar, cili boh dan sedikit gula. Tambahkan kentang yang telah digoreng tadi, siap! Senangkan?
Comments