Roti jala lagi...

Pak long bawa banyak buah durian dari kapung semalam, selepas diagih-agihkan kepada jiran terdekat, masih berbaki 3 biji.  Anak-anak agak kurang makan buah musim puasa macam ni.  Jadi umi kena pelbagaikan masakan menggunakan durian bagi memastikan buah durian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebelum ia rosak.  Apa kata kita buat roti jala dimakan bersama serawa durian. Jom...

Resepi roti jala ini umi ambil dari myR hasil nukilan tulip77
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
5 sb susu tepung
1 biji telur
beberapa titik pewarna kuning
1 st garam
 
Cara membuatnya:
1.  Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar biar sebati.
2.  Biarkan sebentar anggaran 30 minit.
3.  Jala di atas kuali leper dengan api perlahan.
4.  Boleh dimakan bersama kuah kari, serawa durian dan apa jua yang sesuai dengan selera.

Comments