Macam-macam hidangan boleh dibuat menggunakan pisang; antaranya cucur, kek, muffin, popia, pengat dan lain-lain. Antara bubur/pengat yang paling digemari oleh seluruh isi rumah ini adalah pengat pisang. Umi menggunakan pisang nangka, nak guna pisang abu pun sedap juga.
Resepinya mudah sahaja, yang ini olahan umi sendiri untuk rujukan akan datang.
Bahan:
5-6 biji pisang nangka - dihiris serong anggaran 1 inci
1/2 c biji sagu - rendam sebentar
3/4 c santan pekat - umi guna santan kotak jenama Harmuni
1-11/2 c air
1/2 keping gula kerek (gula melaka)
4 sb gula pasir
Cara membuatnya:
1. Didihkan santan bersama air, gula, gula kerek dan biji sagu.
2. Masukkan potongan pisang tadi. Biar didih seketika.
3. Tutup api, hidangkan.

Comments
ke lain rs die??
pisang kt cni ad 1jenis je.pisang yg org selalu mkn saje tue..boleh gak ke?