Waktu sahur memang cukup menguji kesabaran dan tahap kreativiti ibu-ibu dalam menyediakan hidangan untuk anak-anak. Di rumah ini anak-anak mahukan masakan yang berkuah, tak mahu yang kering-kering dan yang penting mesti sedap. Jadi untuk memenuhi permintaan mereka, umi senaraikan menu masakan yang ringkas, cepat disedia dan berkuah. Antara yang jadi kegemaran anak-anak adalah mee hailam.
Resepi ini umi tukil dari myR hasil tangan 'chef' terkenal di selatan tanahair kita, siapa tak kenal Mat Gebu! Tapi umi ubahsuai sikit mengikut bahan yang ada di dapur.. Resepi di bawah adalah versi umi untuk rujukan akan datang. Jika nak tengok resepi asal, boleh rujuk sini. Jom kita tengok bahan dan cara membuatnya!
Bahan-bahan:
400g mee kuning
15 ekor udang - bersihkan buang kulit dan kepala
sekeping dada ayam - dipotong kecil
2 ulas bawang putih - diketuk
3 sb sos tiram
2 sb sos lada hitam
1 sb kicap pekat
3 c air
1 sb tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
sedikit sayuran sawi, kobis bunga jika suka
sedikit cendawan shitake
garam secukupnya
daun bawang, bawang goreng - untuk hiasan
minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
1. Sediakan stok udang dengan merebus kulit dan kepala udang tadi bersama 3 cawan air. Blend dan tapis air rebusan tersebut. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih biar wangi.
3. Masukkan isi ayam, kacau sebentar.
4. Masukka sos tiram, sos lada hitam dan kicap pekat. Masukkan pula stok air udang tadi. Biar mendidih.
5. Masukkan udang, sayuran dan cendawan. Kacau sebentar.
6. Masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi, biar kuah agak pekat. jangan lupa garam secukup rasa.
7. Masukkan mee, kacau sebentar dan tutup api.
8. Hidang bersama hirisan daun bawang dan bawang goreng.

Comments