Monday, August 30, 2010

  Ketupat sotong

Antara menu masakan Kelantan yang umi suka adalah ketupat sotong.  Tapi jarang buat masakan ini sebab takde yang minat kat rumah ni, alih-alih umi makan sorang.  Abi lebih gemar kalau ketupat sotong ni berperisa pedas (tapi kena tukar nama lain la kot!).  Jom semak resepi...

Bahan:
10 ekor sotong -umi guna yang jenis panjang (tak tau nama apa)
sedikit beras pulut -rendam 30 minit dengan santan cair dan sedikit garam
santan pekat - agak-agak separa tenggelam sotong
1-2 keping gula kerek
1 batang serai - diketuk
lidi secukupnya

Cara membuatnya:
1.  Bersihkan sotong dan toskan.
2.  Masukkan beras pulut ke dalam perut sotong anggaran separuh penuh, ambil bahagian kepala sotong dan masukkan ke perut sotong tadi serta cucukkan dengan lidi.  Tujuannya agar beras pulut tadi tidak melimpah keluar.
3.  Ulang hingga habis.
4.  Aturkan sotong tadi ke dalam periuk.  Masukkan santan pekat, gula kerek dan serai.
5.  Masak sehingga beras pulut masak (anggaran 20-25 minit).



Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com