Homemade Kue Teow

Umi jumpa resepi ini masa 'blogwalking' ke dapur Azlina yang buka restoran Terminal Hijrah tempohari.  Alhamdulillah kali pertama umi cuba buat kue teow ini dan menjadi! Terima kasih kak Azlina!  Untuk resepi asal boleh rujuk sini.  Umi catatkan semula di sini mengikut cara umi membuatnya.  Jom kita semak resepinya...

Bahan-bahan:
350g tepung gandum
150g tepung beras
200ml air
1 biji telur - ambil bahagian putih sahaja
secubit garam
minyak masak
air rebusan secukupnya

Cara membuatnya:
1.  Sediakan air rebusan, masukkan sedikit minyak masak ke dalam air rebusan ini.
2.  Sebatikan tepung, air, telur dan garam dalam mangkuk besar. Uli sehingga menjadi doh.
3.  Ambil sedikit doh, masukkan ke dalam mesin pasta dan putar pada no.1 sehingga nipis.
4.  Seterusnya lalukan pada no. 4-5 supaya adunan menjadi lebih nipis.
5.  Akhirnya lalukan pada pemotong pasta yang bergigi besar.
6.  Masukkan juraian kue toeow tadi ke dalam air yang sedang mendidih.  Biar seketika hingga ia timbul.
7.  Angkat dan toskan.  Tuang sedikit minyak masak pada juraian kue teow ini supaya ia tidak melekat.

Comments