Umi sukakan desert seperti puding dan seumpamanya tapi anak-anak kurang menggemari makanan sebegini. Dah lama simpan resepi ini sebab memikirkan nanti tak de siapa nak tolong habiskan. Resepi ini asal dari chef Hanieliza, umi jumpa di rumah kak Maz. Seperti kata kak Maz, puding ini bukan sahaja sedap tapi cantik dipandang. Silapnya umi guna loyang besar, lapisan puding jadi nipis. Tapi umi buat tak secantik yang mereka hasilkan, kena cuba lagi nih.. Jom semak resepi..
Sumber Resipi : Kak Liza FP@ Chef Hanieliza
Bahan-bahan:
A
Bahan-bahan:
A
- 1 tin susu cair
- 5 sb gula
- 3 biji telur A
- 1 st esen vanilla
B
- 1 tin susu cair
- 5 sb gula
- 3 biji telur A
- 4 sb serbuk koko atau 1 st serbuk nescafe
C
Cara membuatnya:- 1 sb gula (untuk buat karamel)
1. Sediakan periuk kukusan.
2. Bancuh bahan A dan bahan B di dalam 2 bekas yang berasingan. Tapiskan setiapnya.
3. Masukkan karamel ke dalam loyang 8 x 8 inci.
4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
5. Masukkan pula 1/2 cawan adunan B ke atas lapisan adunan A.
6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
7. Biarkan puding ini sejuk terlebih dahulu sebelum diterbalikkan ke dalam pinggan yang sesuai.

Comments