Umi jarang masak daging kerana anak-anak kurang menggemarinya. Selalunya umi hanya gunakan daging dalam kuantiti yang sedikit sahaja sebagai perencah dalam masakan mee dan seumpamanya. Kalau ada daging pun umi akan buat masak lada hitam. Haa.. yang ini anak-anak suka.
Bahan:
300g daging batang pinang - dipotong anggaran 1 inci, bersihkan dan ketepikan sebentar.
2 ulas bawang besar - hiris bulat
1 batang lobak merah - hiris bulat
1 batang seleri - potong serong
-boleh tambah sayuran lain seperti capsicum dsb
1/2 cawan kicap manis
serbuk lada hitam
garam
gula
4 sb minyak masak
Cara membuatnya:
1. Masukkan daging ke kuali dan masak dengan api sederhana sehingga kering air daging tersebut.
2. Apabila air daging sudah kering, masukkan minyak masak.
3. Masukkan bawang yang telah dihiris tadi, biarkan bawang agak garing.
4. Masukkan sayuran. Tutpkan kuali dengan penutupnya supaya wap air terperangkap dan sayur cepat masak.
5. Buka penutup tersebut, tambahkan kicap,garam, gula dan serbuk lada hitam secukup rasa.
6. Kacau sebentar biar rata. Tutup api.

Comments