Syifa' dah 3 tahun!

Pejam celik, pejam celik rupanya sudah 3 tahun umur Syifa'.  Abang-abang sibuk minta umi buatkan kek untuk Syifa' makan bersama kawan-kawannya di Taska.  Oleh kerana Syifa' tak pandai nak 'demand' kek jenis apa, umi bagi cadangan buat kek coklat aje.  Lagipun kanak-kanak memang suka makan kek coklat kan?

Kek coklat ini namanya American Chocolate Cake.  Teksturnya halus dan kek ini agak padat, sesuai untuk ditutup dengan fondant.  Jom tengok kek Syifa'!

Comments