Jamuan sempena hari jadi ini dibuat di restoran Rawsha yang terletak di Ampang. Pihak restoran ada menyediakan bilik santai khusus di mana kita dapat 'privacy' makan bersama keluarga. Seronok makan-makan kat situ sebab anak-anak bebas bermain sambil menikmati hidangan. Sajian utama restoran ini adalah makanan dan minuman Arab Lebanon seperti roti, nasi, kebab dan sebagainya. Antara makanan popular yang kami pesan adalah Nasi Mandy, Hummus, Falafel, teh pudina dan macam-macam lagi.
Jika teringin nak ke sana alamatnya :
Restoran Al-Rawsha No. 78 Jalan Damai off Jalan Ampang
55000 Kuala Lumpur
Tel: +603-2143 9151
Comments