Friday, October 23, 2009

  Tart keju bercoklat

Selalunya umi buat tart keju dengan blueberry (blueberry cheese tart) tapi kali ini nak ubahsuai sikit, ganti dengan coklat.  Seronok kakak Syaima' melorekkan corak coklat menggunakan lidi sate, macam-macam corak jadinya.
 


 

Bahan-bahan:
Pastri
125g butter 

60g gula aising
1 biji telur
220g tepung gandum
15g tepung kastad
1 camt. esen vanilla

Isian Cream Cheese
300 gm cream cheese
80 gm gula aising
1 camt jus lemon
1 camt esen vanilla
50 gm whipped cream
25 gm tepung jagung (diayak)
2 biji telur gred A

Coklat masakan -dicairkan guna kaedah double boiler

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C
2. Ayak tepung dan gula aising. Masukkan ke semua bahan pastri ke dalam mixer. Pukul sehingga adunan sebati menjadi doh.
3. Masukkan telur dan uli menjadi doh. Simpan doh dlm peti sejuk sebentar (30 minit).
4. Keluarkan doh dari peti sejuk, ratakan dalam acuan mangkuk tart. Kemaskan doh di sekeliling acuan dengan pisau. Cucuk dengan garfu bahagian dasar untuk elak pastri menggelembung ketika dibakar.
5. Masukkan ke dalam oven dan bakar separuh masak, keluarkan dari oven.
6. Masukkan cream cheese filling. Paipkan sedikit coklat di bahagian tengah dan gariskan dengan lidi sate untuk membentuk corak.
7. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar pada suhu 150°C selama 15 minit.
8. Keluarkan dari oven dan sejukkan.

Cara membuat isian cream cheese
1. Pukul cream cheese dan gula aising hingga berkrim.
2. Campurkan jus lemon dan esen vanilla.
3. Tambahkan telur dan pukul hingga sebati.
4. Masukkan whip cream dan dipukul lagi.
5. Akhir sekali masukkan tepung jagung & digaul sebati.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com