Tuesday, September 29, 2009

  Roti kentang

Sedapnya sarapan dengan roti kentang cicah dengan air milo, apatah lagi kalau roti yang dibuat sendiri! Resepi ini dari onigiri of MyR, mesti cuba tau!

 

Bahan-bahan:
135 ml air ais (umi guna susu segar)
3/4 st garam
30g marjerin
1/2 telur
60g ubi kentang (rebus dan dilenyek)
300g tepung roti
3/4 sb susu tepung (umi tak masukkan ini)
50g gula halus
2 st yis kering

Hiasan:
tepung kastad segera (instant custard powder) dibancuh dengan sedikit air.

Cara membuatnya:
1.  Gaul sebati semua bahan kering.
2.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli doh hingga licin.
3.  Masukkan marjerin dan terus uli sehingga doh tak lekat di tangan.
4.  Perapkan doh di tempat yang agak suam dan biar doh mengembang sehingga 2x ganda (anggaran 1 jam)
5.  Tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin dan uli selama 1 minit.
6.  Bentukkan doh menjadi bebola kecil (anggaran 12 biji) dan susun di dalam loyang bergris.
7.  Biarkan doh mengembang untuk kali kedua (anggaran 30 - 45 minit).
8.  Paipkan kastad ke atas doh.
9.  Bakar roti dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 165 C selama 20 minit.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com