Muffin Pisang dan chip coklat


Antara makanan ringan yang menyenangkan dan senang disediakan adalah muffin. Anak-anak memang suka mempelbagaikan rasa muffin dengan menambah hirasan buah dan cip coklat. Ada satu resepi muffin yang sedap dan sihat yang telah diolah oleh Mak Lang, jadi umi pun tanpa berlengah lagi terus capai mangkuk dan whisk!

Sumber: Allrecipe.com

Bahan -bahan :

1 3/4 c tepung gandum
2/3 c gula kastor
1 st serbuk penaik
1 st soda bikarbonat
1/2 st garam
1 biji telur
1/2 c minyak masak(atau minyak jagung)
1/2 c yogurt asli (boleh juga guna perisa lain)
1 st esen vanilla
4 biji pisang -dilenyek
3/4 c chip coklat

Cara Membuatnya :

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 C selama 15 minit)
2. Ayak bahan kering (tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam). Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk.
3. Di dalam bekas lain, satukan telur, minyak masak, yogurt dan esen vanilla.
3. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan kering dan gaulkan sekejap sahaja
menggunakan whisk.
4. Masukkan pisang lenyek dan chip coklat. Kacau sebentar sahaja.
5. Sudukan ke dalam acuan muffin yang telah dialas dengan cawan kertas.
6. Bakar selama 15 hingga 20 minit hingga muffin masak.

Comments