Tuesday, September 29, 2009

  Marble Cheese Brownies

Khusus untuk mak uda (Ila) yang berada di Kuantan dan juga untuk mak teh yang selalu minta resepi brownies, umi dapat resepi ini masa rewang-rewang kat fp rinnchan.  Resepinya mudah, tak renyah membuatnya.  Cuma umi ubahsuai sikit supaya rasa coklatnya lebih bersari.

Bahan-bahan:
250 g mentega
1 c serbuk koko (umi ganti dengan coklat masakan)
1/2 c susu cair
1 1/2 c gula halus
3 biji telur 
1 1/2 c tepung gandum
1 st serbuk penaik
1 st soda bikarbonat
1 st esen vanilla

Bahan Cheese:
250 g cream cheese
1 c gula halus
1 biji telur


CARA MEMBUATNYA :-
  1. Griskan loyang berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan marjerin dan alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin.  Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. Brownies:Cairkan mentega dan coklat (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair  dan kacau hingga rata. Kacau gula halus dan telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko dan gaul rata. Masukkan susu cair dan esen vanila, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Ambil sedikit adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak di atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. Topping: Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapatkan corak marble. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak.
  4. Biarkan brownies betul-betul sejuk sebelum dipotong.  Seeloknya biarkan sejam di dalam peti ais.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com