Karipap pusing


Suka makan karipap? Anak-anak memang suka makan karipap, tapi intinya mesti yang tak pedas. Kali ini umi ajak Hakim dan Azzam buat karipap pusing pula. resepi ini ambik dari dapur cik Mat Gebu. Jom tengok bahan-bahannya!





Bahan-bahan pastri:
A.
260 g tepung gandum
50 g marjerin
20 g gula halus
1/4 st garam
140 ml air

B.
180 g tepung gandum
80 g lemak sayur (shortening)

Cara membuatnya
  1. Sediakan inti mengikut citarasa.  Selalu umi buat inti kari kentang sahaja.
  2. Sediakan pastri: Satukan semua bahan A  kecuali air.Tambah air sedikit demi sedikit sambil menguli doh sehingga licin dan tak lekat di tangan. Ketepikan.
  3. Satukan pula bahan B dan adun hingga menjadi doh. Rehatkan kedua-dua doh selama 20 minit.
  4. Kemudian bahagikan doh kepada dua bahagian biar sama besar.  Ambil 1 bahagian doh A, leperkan sedikit, letak atasnya doh B, kemudian balut hingga menutupi doh B tersebut.  Ulang untuk 1 bahagian doh lagi.
  5. Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi, buat lipatan kepada tiga lipatan. kemudian canai lagi dari arah depan hingga ke hujung, canai juga bahagian tepinya, hingga mendapat ketebalan lebih kurang 2mm. Gulung doh tadi dari depan hingga ke hujung seperti swiss roll.
  6. Rapikan gulungan tadi dan potong kepada 8 bahagian.  Ambil 1 potongan. Leperkan sedikit dan canai lebih kurang 3mm, isi inti dan kelim seperti membuat karipap biasa. Ulang sehingga siap.
  7. Goreng hingga kuning keemasan menggunakan api sederhana sahaja. 

Comments