Ais krim potong homemade

Dah lama saya mencari resepi ais krim potong ni. Teringin sangat nak buat sendiri.   Tak sangka jumpa resepi ini dalam myresipi.com.

Resepi asal saya ambil dari sini. Saya salin semula untuk rujukan akan datang. Cuma saya kurangkan gula atau abaikan susu pekat, sebab sukatan resepi ini agak manis pada tekak saya.
Jika anda baru mencuba resepi ini, sebaiknya ikutlah langkah demi langkah dan sukatan seperti yang dicadangkan, kemudian sesuaikan mengikut citarasa sendiri.


  • BAHAN A
  • 250g Gula kastor
  • 3.5 sb susu tepung @ coffeemate
  • 350ml air
  • BAHAN B - Bahan2 tepung tak boleh banyak2, takut ais nanti rasa tepung :(
  • 1.5 sb paras tepung ubi ** (utk kacang merah guna 2sb)
  • 3 sb paras tepung jagung
  • 50 ml air
  • ** Campurkan tepung2 dengan air, kacau2
  • ## BAHAN C - PERISA DURIAN
  • 80g susu pekat
  • 500 ml santan pekat
  • 200g isi durian (sebaiknya diblender dgn santan supaya tak guna cecair tambahan)
  • 0.5 sk pewarna kuning
  • ## BAHAN C - PERISA KACANG MERAH
  • 80g susu pekat
  • 500 ml santan pekat
  • 250g kacang merah - rebus, lecek. Eenat guna kacang dalam tin jer. ~Blender dgn santan gak
  • 0.5 sk pewarna Rose pink
  • ## BAHAN C - SWEET CORN @ JAGUNG MANIS
  • 80g susu pekat
  • 500 ml santan pekat
  • 1 tin "Creamy sweet corn" ~ blender dgn santan gak
  • 0.5 sk Lemon Yellow - blh guna yellow gak pon, setakat pewarna jer ;)






































Cara saya membuatnya : sebatikan semua bahan A, B dan C (ikut la nak buat perisa yang mana, jangan harung masuk semua sekali pulak ye hehe..).  Masakkan atas api sederhana, kacau hingga didih. Kemudian angkat dan tuang ke dalam acuan yang sesuai.  Biar sejuk dahulu baru simpan dalam freezer.

Kali pertama saya mencuba perisa keladi, kali kedua saya cuba perisa jagung pula. Memang sedap, puashati dan pasti akan buat lagi dan lagi dan lagi. Hehe...


Comments