Tuesday, October 13, 2015

  Sambal tempoyak terung telunjuk

Pernah tengok terung telunjuk? Kalau tak pernah tengok mesti tak pernah makan, kan? Hehe...
Ok...terung ni bersaiz seperti jari telunjuk panjang seperti jari juga. Biasanya dimasak tempoyak dengan ikan patin.

Jarang dapat jumpa terung ini di bandar, selalunya kat kampung baru jumpa.
Agak banyak juga terung ni mak bagi. Tak tau nak masak apa...kalau masuk dalam ikan patin tempoyak, terung ni tak dimakan oleh anak-anak.
Saya nak cuba masak sambal tempoyak. Nampak beberapa resepi sambal tempoyak menggunakan terung ini.
Jom kita cuba!

Bahan:
2 sudu besar sambal belacan (belacan+bawang+cili padi)
2 sudu besar tempoyak
5 biji terung telunjuk - dibelah 2
Sedikit air
Minyak untuk menumis


Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak masak. Tumis sambal belacan. Boleh juga tambah bawang hiris untuk lebih aroma.
2. Masukkan tempoyak. Masukkan sedikit air. Kacau rata.
3. Masukkan terung telunjuk yang telah dibelah dan dibersihkan. Masak sehingga terung empuk.
4. Tam perlu tambah garam jika sambal belacan sudah ada garam.  Perasakan dengan sedikit gula dan garam jika suka.
5. Siap!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com