Wednesday, October 14, 2015

  Cara cepat empukkan kacang hijau

Petang mendung begini elok benar jika kita hidangkan bubur kacang hijau sebagai minum petang. Cuma leceh nak masakkan kacang hijau supaya cepat empuk. Ada berbagai petua yang digunakan; ada yang letakkan sudu besi, ada yang masukkan biji kurma dalam rebusan kacang.

Kali ini saya nak cuba eksperimen dengan periuk ajaib magic pan saya ni. Kacang hijau direndam terlebih dahulu anggaran 2-3 jam. Kemudian masukkan kacang bersama air ke dalam periuk ajaib. Pastikan air menutupi kacang tu ye. Masak dengan api sederhana supaya air tak cepat kering.
Hasilnya.....Memang berhasil memuaskan hati! Kacang cepat empuk. Bolehlah saya masak bubur kacang petang ni.

Selamat mencuba!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com