Ayam Percik ringkas dan pantas

Resepi masakan ayam memang banyak boleh dijumpai dalam blog-blog masakan.  Paling popular adalah masakan ayam panggang, kari, kurma dan kerutup.  Saya mencari resepi ayam percik; kenayakan yang saya temui agak renyah dan perlukan banyak bahan.  Saya mencari yang paling ringkas dan cepat disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang biasa didapati di dapur.

Alhamdulillah saya bertemu resepi ini di blog Azie Kitchen. Tak sia-sia pencarian saya kerana saya memang prefer masakan Kelantan (perkauman laa pulak..) hehe..

Kawan-kawan boleh rujuk resepi asal ayam percik di sini ye.  Kat sini saya ubahsuai sikit (tambah serai) sebab saya mahu ayam percik saya lebih rasa serai dan saya tak perap pun ayam tu, sebab nak cepat siap. hehehe...

Bahan:
1 ekor ayam dipotong 4 - bersihkan dan tos
2 pek santan pekat (kotak)
10 bawang merah
1 inci halia
3 batang serai
3-4 cili kering - ikut kepedasan
1st garam
3sb gula

Cara membuatnya:
1. Panggang ayam separuh masak.  Saya guna periuk ajaib, dalam 10 minit (balikkan beberapa kali)
2. Kisar bawang, halia, serai dan cili kering.
3. Dalam kuali, masakkan bahan kisar bersama santan hingga pekat.  Api biar sederhana. Kacau selalu supaya kuah masak sekata.
4. Perasakan dengan garam dan gula.  Kuah percik mesti rasa manis baru sedap! Tutup api.
5. Tuangkan separuh kuah ke atas ayam tadi dan sambung panggang ayam hingga garing.
6. Bila ayam sudah masak sepenuhnya, hidangkan.  Tuangkan baki kuah ke atas ayam tadi.


Comments