Kerutup kambing emergency

Masakan kerutup ini memang masakan popular Kelantan. Saya tak pernah masak kerutup ni, tak pernah juga beli rempahnya. Setau saya memang menu ini perlu rempah khas yang agak leceh untuk disediakan sendiri.

Oleh kerana nasi beriyani tengahari tadi masih berbaki (disediakan oleh caterer jamuan makan tengahari di SMIH) dan saya membawa balik nasi tersebut untuk makan malam. Malangnya lauk ayam dan dalca tadi sudah habis, tinggal acar timun sahaja.  Nampaknya kena masak lauk lain untuk dimakan bersama nasi yang masih berbaki ni.

Tetiba dapat idea nak makan kerutup kambing. Kebetulan memang ada daging kambing hampir 1 kg dalam freezer. Masalahnya rempah kerutup takde pulak. Hmmm....memang emergency macam ni. ..huhu...cuba aje la mudah-mudahan menjadi.

Ting..! Idea datang lagi hehehe.... apakata kita gabungkan rempah kari dengan rempah nasi beriyani? Agak-agak jadi tak rempah kerutup?

Jom kita cuba!

Bahan-bahan:
Daging/kambing 1 kg dihiris tebal
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
1sb rempah kari
1sb rempah briyani
Gula melaka
Kerisik
Santan  1 mangkuk
Asam keping
Gula
Garam
Kicap
Kismis

Cara membuatnya:
1. Separuh bawang dan halia dihiris halus, sebahagian lagi dikisar bersama rempah kari dan briyani.
2. Tumis hirisan bawang dan halia bersama kayu manis, bunga lawang dan pelaga . Biar wangi.
3. Masukkan bahan kisar. Biar naik bau dan keluar minyaknya.
4. Masukkan daging kambing. Tambah sedikit air. Kacau sesekali biar daging empuk.
5. Masukkan santan, kerisik, asam, kicap sedikit. Biar sehingga adunan agak kering.
6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah kismis dan kacau rata.

Senang aje kan? Lain kali boleh buat lagi menu ni. Makan dengan nasi putih pun sedap.

Comments