Kemaruk cinnamon rolls

Lagi dan lagi...permintaan sangat tinggi terhadap cinnamon rolls ini...sehingga tak menang tangan dibuatnya. Takpe...untuk pelanggan tetap di rumah aje..hehe...
Ok..saya salinkan resepi doh di sini supaya senang untuk anda yang ingin mencubanya. Resepi asal dari spendwithpennies.com

Bahan:
500g tpg roti
1 pek mauripan
1/2c gula kastor
1c susu segar
2/3 c mentega
1 telur saiz A
Sikit garam - saya tak letak sbb butter dah bergaram

1. Panaskan susu+gula+mentega biar suam je jangan didih. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk besar masukkan tepung +mauripan.
3. Curah adunan mentega cair tadi. Sebatikan.
4. Masuk telur. Kacau biar jadi doh.
5. Uli biar kenyal. Guna tangan or mesin.
6. Bila doh sudah elastik, terus bentukkan. Saya skip langkap 'proof' iaitu biar doh naik sekali ganda. InsyaAllah setakat ini menjadi walaupun tak biarkan doh naik sekali ganda.
Untuk proses membentuk cinnamon rolls, boleh rujuk langkah demi langkah seperti yang pernah saya post di dalam blog ni.

Comments