Bihun sup soto

Jemu makan nasi hampir setiap hari? Apakata sesekali tukar kepada menu yang lebih ringan.  Contohnya bihun sup. Kali ni saya mencuba rempah soto yang dibeli di pasar tani.
Jika anda rajin berkunjung ke pasar tani, pasti jumpa rempah ratus seperti rempah kari, briyani, soto dan pelbagai lagi. Kita boleh pilih banyak mana nak beli, harganya sudah tentu lebih murah daripada rempah yang dipek jual di pasaraya tu.
Kalau tak mahu bihun, boleh juga tukar dengan nasi impit. Kalau terlebih rajin, bolehlah siapkan begedil sekali ye!

Ok...menu ringkas ini sesuai untuk lunch mahupun dinner. Lengkap dengan kandungan nutrisi, ada protein, karbohidrat dan fiber. Jom kita!

Bahan:
1 ekor ayam- bersihkan, potong 4
Bihun di rendam air panas supaya lembut
4 ulas Bawang merah - dimayang halus
2 ulas bawang putih - dimayang halus
1 serai -diketuk
2 inci lengkuas -diketuk
3 sb serbuk rempah soto
1 pelaga
2 bunga lawang
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang, serai, lengkuas dan rempah ratus biar wangi.
2. Bancuh serbuk rempah soto dengan sedikit air dan maaukkan ke dalam tumisan tadi. Biar pecah minyak.
3. Masukkan air sebagai kuah sup.
4. Masukkan ayam. Rebus sehingga ayam masak.
5. Keluarkan ayam. Carikkan isi ayam. Tulang ayam dimasukkan kembali ke dalam kuah sup.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap.
Bahan rencah soto:
Kacang tanah digoreng
Suun goreng
Sambal lada kicap
Hirisan daun sup
Isi ayam yang dicarik tadi
Begedil
Bawang goreng
Taugeh

Hidangkan dalam mangkuk bihun bersama bahan rencah dan kuah sup soto. Yummy!

kenyang!

Comments