Tempat makan ini agak popular, pernah nampak keluar di TV. Baru kali ini kami berpeluang ke sana. Dekat juga dengan sekolah Syaima'. Daripada sekolah Hira' hanya beberapa km rasanya tak sampai 5km kut....(lupa nak tengok meter), keluar ke kanan menghala ke Kuala Selangor. Nampak papantanda Jalan Pantai Jeram tu terus masuk kiri.
Tempat makan ini hanya dibuka selepas pukul 12 tengahari Sabtu dan Ahad sehingga 12 malam manakala hari lain Isnin hingga Jumaat dibuka selepas 1 petang.
Antara menu popular di sini ialah air kelapa segar, makanan laut segar boleh pilih sendiri. Memang terasa manis isi ikan segar ni...
Puashati makan kat sini. Harga pun berpatutan. Tempat makan brrsih dan luas. Ada juga disediakan kemudahan surau dan tandas yang besar. Lain kali kami akan datang lagi.
Imran hanya makan mee goreng dan nasi goreng kampung (umi punya) sebab dia allergi makanan laut. Syukurlah dia sendiri sedar yang dia tak boleh makan sotong, ketam, udang kerang ni semua. Habis licin adia makan, kiri dan kanan!
Comments