Selamatkah Soya Yang Kita Ambil?

Banyak kali, bukan sekali dua malah berpuluh-puluh kali saya menerima pertanyaan tentang kesahihan maklumat "soya punca kanser", "Soya agenda Yahudi untuk lemahkan umat Islam" dan seumpamanya.  Kadang terfikir di benak saya; orang kita lebih cepat menerima dan percaya maklumat yang disebarkan melalui media sosial tanpa membuat kajian dan pembacaan yang lebih mendalam.  Lebih malang lagi kalau kita dengan cepat dan pantas tanpa berfikir 2 kali untuk klik butang "Share" tanpa kita fikirkan risiko dan implikasi dari perkongsian kita itu.  Kononnya 'sharing is caring', kut ye pun selidik le dulu samada maklumat itu sahhi atau tidak.  Silap gayanya kita pulak yang terjebak dalam penyebaran maklumat palsu dan fitnah!
 
Menarik juga kupasan maklumat ini yang saya baca melalui FB.  Analogi mudah, logik dan mudah difahami.  Moga ada manfaatnya buat kita.  Saya salinkan di blog ini semoga ia dapat bantu memberi pencerahan kepada anda yang masih mencari jawapan dan masih 'meneka dalam kesamaran'.
 
----------------
Tadi ada bekas pelajar saya tanya,"Ustaz bukan ke Energy Soy Protien (ESP) Shaklee tu daripada soya. Saya ada terbaca ttg keburukan soya ni ustaz.

Dulu saya g...ila minum soya, tapi lepas dah terbaca tu, terus takde selera minum soya. Ni linknya *****nnt ustaz baca ye".
.
Saya pun berdiskusi la sikit sebanyak dengan dia lepas baca link 'kajian x bertauliah' tu.

Saya tanya dia,"Setiap yg Allah jadikan mesti ada kebaikan dan keburukannya kan? Setuju tak?"

Dengan yakin dia jawab,"Setuju...So?".

Saya balas, "Jangan setuju dulu sebab itu kenyataan tu salah. Semua yg Allah jadikan mesti BAIK, mustahil ada buruknya. Jika kita nisbahkan makhluk yg Allah jadikan ini ada keburukannya nescaya itu menandakan bahawa Allah tu lemah dan tak bijak. Sebenarnya yg jadi buruk adalah sebab MANUSIA yg mengubah ciptaan Allah".

"Hurm..." Tanda tanya mula bermain di akalnya,".......maksudnya ustaz?"
.
Lihat sahaja ayam. Allah jadikannya dengan kebaikan. Jadi org kampung dulu-dulu makan ayam kampung yg dorang bela sendiri dan....dorang sihat jer, tak perlu kot pergi date dgn Dr sebulan sekali.

Kita ni org bandar, makanlah ayam bandar yg dicucuk sana sini dari kecil....penuh racun. Lepas 5-6 tahun mulalah penyakit macam2 menimpa. Dr sendiri pun sama jer sakit dgn kita...sbb dia pun makan ayam cucuk juga.

Jika bukan kerana tangan kita yg mengubahnya dengan tujuan keuntungan dan sebagainya, tentu tidak ada keburukan dengan ciptaan Allah ini, walau satu pun.
.
"So, apa beza dengan soya Shaklee?" sambungnya mencari titik noktah persoalan.

Saya jawab bahawa soya Shaklee ditanam secara semulajadi tanpa proses GMO (Genetically Modified Organism) yg mengubah sel2 semulajadinya hingga merosakkan kesihatan manusia dengan pengambilan yg telah disyorkan oleh pakar.

Maksudnya, Shaklee tanam dan biakkannya secara semulajadi tanpa sebarang bahan kimia yg digunakan secara langsung atau tidak langsung.
.
Orang Barat yg sesat tu lebih suka MENGKAJI daripada org Islam kita yg lebih suka MENURUTI 'berita' secara membuta tuli.

Inilah padahnya bila umat islam kekurangan ilmu. Suka mengangguk sebelum menunduk mencari bukti yg nyata.

Mohd Taufiq,
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee
http://wafiqulya.blogspot.com/
-----------------------
Sebab itu pentingnya kita baca, selidik dan berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.  Jangan semudah dan sewenangnya menyebarkan maklumat yang kita sendiri masih ragu akan kesahihannya.  Moga kita terhindari dari membuat fitnah.  Wallahua'lam.

Comments