Kebetulan ulang tahun kelahiran Hakim kali ni waktu cuti sekolah. Nenek PJ dah masakkan mee kari, laksa, yong taufu dan juga barbeque. Tok cik, atuk, Fawwaz dan abg Afiq juga lahir dalam bulan Mac. Jadi sambutan kelahiran untuk mereka ni disekalikan, oh ya nek Jang juga bulan Mac.
Pada 29 mac jumaat kami bawa Hakim, Syaima', Azzam, Ammar dan Faisal juga kawan baik Hakim iaitu Khalif makan di restoran Big Brother. Rupanya Hakim tak pernah datang ke restorab ni....umi dah bawa kakak Syaima dan Azzam beberapa kali. Abi memang jurang gemar western food, tapi kali ni sempena meraikan birthday boy... umi memang suka western macam ni!
Di Big Brothers ni makanan western macam-macam ada. Ada pizza, pasta, lasagna, dessert, salad, grilled, soup dan macam-macam lagilah! Wahhh...sukanya ada pelbagai pilihan. Servis pun bagus, sekejap je dah siap dihidangkan. Pinggan hidangan agak besar, kalau makan sorang memang tak habis.
Comments