Ada pendapat mengatakan kita perlu bersenam untuk kuruskan badan. Tak cukup dengan sekadar berdiet jaga pemakanan, perlu bersenam juga untuk bakar kalori.
Menurut seorang pengamal akupuntur yang saya kenal, bersenam tidak berupaya menurunkan paras kolesterol. Kita bersenam supaya aliran darah lancar, sistem badan dapat berfungsi dengan baik. Untuk menurunkan paras kolesterol kita perlu kejutkan sistem perkumuhan badan yang utama iaitu hati, buah pinggang dan usus supaya bekerja dengan lebih efektif.
Apapun alasannya, kita perlu amalkan bersenam untuk kelancaran darah dan sistem badan. Untuk lebih sihat bukan kuruskan badan semata. Tapi memang penat betul berjogging dengan anak-anak ni...pertama kali dalam hidup saya berjaya habiskan jogging round tasik seksyen 7 sambil berdukung! Memang boleh cepat ramping macam ni...!
Comments