Vitamin untuk otak cerdas dan pintar

Alhamdulillah anak kedua saya yang ambil peperiksaan UPSR tahun ini mendapat 3A 2B, padan le dengan dia yang memang tak sentuh buku LANGSUNG ketika di rumah.
Serius dia tak pegang buku kat rumah. Sekadar harapkan pergi tusyen hari sabtu tu je.  Saya ada belikan buku set soalan UPSR masa expo buku di PWTC tempohari, sampai ke hari ini buku-buku tersebut masih cantik berbalut dalam plastik. Haram tak disentuhnya. Dia cuma buka satu buku, belek-belek kejap kemudian cakap 'semua Hakim dah buat latihan macam ni kat sekolah'.  Owhh sabar jelah mendengarnya!

Memang sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan kakaknya Syaima'; kakak lebih tekun dan rajin belajar.  Cikgu pun tak sangka Syaima' boleh dapat 5A dalam UPSRnya. Yelah... Setiap anak memang berbeza dan unik.  Tak boleh nak dibandingkan setiap perkara antara adik beradik.  Tambah pula anak lelaki memang kurang tekun berbanding anak perempuan.

Cuma saya nampak beberapa perubahan pada diri Hakim, walaupun dia tak belajar langsung lepas waktu sekolah, cikgu di sekolah kebanyakannya bagitau saya yang Hakim sudah banyak menunjukkan peningkatan dalam prestasi akademiknya.  Saya juga perhatikan dia lebih cekap membuat latihan matematik; kadang sambil congak dalam kepala sahaja tanpa tulis di kertas. Daya ingatannya juga sangat baik, dia lebih cekap menghafal sifir.  Malah dia juga dapat anugerah Hafazan Terbaik di kelasnya.

Saya sekadar membantu setakat termampu, kadang nak disuruh berulangkali pun susah juga sebab dia dah boleh berfikir sendiri mana baik dan mana buruk.  Sebagai ibu bapa kita boleh memandu mereka memilih keputusan yang baik.
Saya bekalkan Hakim keperluan vitamin dan nutrisi untuk otak yang cerdas.  Pilihan saya tentulah vitamin Shaklee!


Inilah rangkaian nutrisi untuk otak cerdas dan pintar:
  • Omega Guard – mengandungi DHA dan EPA serta asid lemak lain yang penting untuk pertumbuhan otak dan mata, serta peredaran darah dan aktiviti sel bagi memastikan keseluruhan tubuh mendapat kekuatan bagi melawan jangkitan yang berbahaya.
  • Mealshake – mengandungi protein soya dan 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
  • B Complex – membantu dalam sintesis protein dan karbohidrat, memberikan mood yang baik, anti stress, menukarkan makanan kepada tenaga serta penting dalam pertumbuhan sel.
  • Lecithin – kaya dengan kolina yang penting dalam sintesis neurotransmitter, iaitu acetylcholine yang bertindak dalam fungsi saraf, otak dan daya ingatan.
Berikan yang terbaik untuk anak-anak, biarlah kita keluarkan duit lebih sebagai pelaburan demi masa depan anak.  Tak cukup dengan sekadar beri tusyen terbaik, pilih sekolah terbaik, beli buku yang bagus, tapi kita abaikan keperluan nutrisi untuk otak mereka.

Cadangan vitamin untuk kanak-kanak:
4 tahun ke bawah:
— Mealshake & Omega Guard
Sekolah rendah:
—- Omega Guard, Vitalea for Children, Chewable Vita-C
Sekolah menengah:
—- B Complex, Omega Guard, Lecithin, Mealshake

Jadi ambillah makanan yang sihat dan seimbang, elakkan makanan rapu (junk food), lakukan aktiviti fizikal yang boleh merangsang minda  dan elakkan duduk depan tv/PC semata.
Di samping berusaha, jangan lupa berdoa ye!

Comments