Atasi masalah insomnia secara semulajadi

Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami masalah sukar tidur atau disebut insomnia. Kebanyakannya akan mengambil jalan mudah bagi mengatasi masalah ini dengan menelan ubat tidur yang sudah semestinya tidak berkhasiat dan mendatangkan mudarat kepada tubuh dalam jangka masa panjang.

Apakata kita cuba cara semulajadi yang lebih sihat tanpa dadah yang terbukti lebih berkesan, lebih sihat, dan mudah? Bahan nak membuatnya pun mudah dan senang didapati di rumah.

Bahan-bahannya :
Kacang badam - beberapa biji ikut selera masing-masing
1 sudu besar melashake
1 sudu besar ESP
air secukupnya

Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan ini ke dalam pengisar.
2. Kisar sehingga kacang badam tadi hancur
3. Tuangkan bahan yang dikisar tadi ke dalam gelas yang sesuai.
4. Sedia untuk diminum.


Kenapa kacang badam?
Kacang badam mengandungi hormon melatonin yang membantu menetapkan kitaran bangun dan tidur kita, juga berfungsi menetapkan waktu serta mencetuskan keinginan untuk tidur.  Hormon ini menyebabkan mata rasa mengantuk, merendahkan suhu badan, memperlahankan fungsi metabolik tubuh dan akhirnya meletakkan diri kita dalam mod tidur.
Salah satu khasiat yang terdapat dalam kacang badam iaitu kandungan kalsium yang tinggi dapat membantu otak menghasilkan hormon melatonin.
SubhanaAllah indah dan telitinya aturan yang Allah buat.  Hinggakan proses nak tidur pun Allah susun sedemikian rupa! Bukan mudah sebenarnya nak dapat nikmat tidur lena ni...Wajib kita bersyukur kerana diberi Allah nikmat tidur.

Bagaimana Mealshake dan ESP membantu?
Kedua-dua supplement ini merupakan kombinasi makanan yang mengandungi protein dan karbohidrat yang merupakan makanan 'sleep inducing' iaitu yang mendorong rasa mengantuk.
Gabungan kalsium dalam kacang badam dan Mealshake serta ESP ini merupakan remedi terbaik untuk mengatasi masalah insomnia.

Bila nak minum?
Sebaiknya ambil minuman ini 30minit sebelum waktu tidur, insyaAllah anda akan dapat tidur lena.

Minuman ini bukan sahaja berkhasiat malah sangat sedap!
Hentikan pengambilan aditif atau ubat tidur.  Kasihanilah tubuh kita yang setiap hari disumbat dengan pelbagai jenis ubat dan dadah. Pilihlah cara hidup yang lebih sihat dan semulajadi!

kredit kepada Ummul Jannati

Comments