Saturday, October 20, 2012

  Apam pisang kelapa

Stress tengok pisang 3 biji belum habis dimakan ni, dah naik lebam kulitnya. Uhh..apa nak buat dengan pisang ni? Nak buat muffin atau kek pisang, rasa macam tak cukup. Hmmm... Try buat apam la pula!

Resepi reka sendiri je ni menggunakan bahan sedia ada di dapur. Berani nak cuba? Haha...

Apam pisang kelapa
Bahan:
3 biji pisang
11/2 cawan tepung naik sendiri
1cawan susu segar
1/2 cawan kelapa parut - saya guna desicated coconut je
1 sudu teh yis mauripan
2 sudu besar gula pasir

Cara membuatnya:
1. Lenyekkan pisang di dalam mangkuk.
2. Masukkan semua bahan tadi.
3. Perapkan sebentar dalam 30 minit.
4. Tuang 1 senduk adunan dan bakar menggunakan kuali tak melekat (non stick pan) yang digris dengan sedikit mentega
5. Bila nampak adunan mula berbuih, balikkan apam tadi supaya ia masak rata
6. Hidangkan.

Sarapan kami pagi ini. Adunan tadi menghasilkan 10 biji apam. Sedap juga la kata Imran!


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com