- Get link
- X
- Other Apps
Menjadi sihat adalah suatu pilihan, bukan paksaan. Setiap hari kita berusaha untuk kekal sihat, jauh dari penyakit berjangkit atau penyakit merbahaya. Sebab itu kita pastikan kita ambil makanan yang sihat, makanan berkhasiat, minum air bersih, jaga kebersihan persekitaran kita dan sebagainya. Walaubagaimanapun sesekali ada juga kita makan 'junk food', minum air bergas yang tidak menyihatkan, ambil makanan berkolesterol tinggi, hisap rokok (atau hidu asap rokok?) dan seupamanya. Maklumlah kebanyakan kita mengambil prinsip 'makan untuk hidup' dan hidup mesti sedap', betul tak? Jadi tentulah tak mustahil kalau kita sering jatuh sakit, kadang lambat pulih dari penyakit. Sebab kita sendiri yang mencari penyakit!
Namun begitu, kita sebagai manusia biasa memang tak dapat lari daripada ujian sakit demam, selsema semua ni. Walau sehebat dan sebaik mana pun kita menjaga pemakanan, jaga kebersihan, kadang Allah uji juga dengan penyakit. Malah doktor pakar sekalipun ramai juga yang kena demam denggi, ada yang kena sakit cancer. Apakah mereka ni tak tahu menjaga kebersihan? Jadi janganlah rasa pelik sangat kalau kita manusia biasa diuji Allah dengan pelbagai penyakit. Cuma kita berusaha sedaya mungkin untuk menjauhkan penyakit, doa supaya kita tak diuji dengan ujian berat yang tidak mampu kita tanggung, doa agar penyakit yang Allah ujikan kepada kita ini membawa kebaikan, cepat sembuh dan menjadikan kita hambaNya yang lebih sabar, redha dan menghargai kesihatan anugerahNya.
Tanya diri anda sendiri;
1. apakah kita telah berusaha menjaga pemakanan -pilih yang sihat dan berkhasiat
2. amalkan makanan seimbang, bukan pilih apa yang kita suka semata-mata
3. menjaga kebersihan persekitaran -rumah, kebersihan diri
4. ambil vitamin/supplement untuk meningkatkan taraf kesihatan
5. Pilih vitamin/supplement yang bagus untuk kesihatan, semulajadi, tanpa kesan sampingan.
6. berdoa agar diberikan kesihatan diri yang baik
Kesihatan kita adalah pilihan kita sendiri. Pilih untuk sihat!
Comments