Hanya yang sibuk punya masa...

Cabaran seorang ibu bekerja, yang punya cita-cita nak didik anak supaya bukan sekadar celik al-Quran tetapi dapat menghafaz dan mendalami ilmu Al-Quran. Fuhh..memang tinggi cita-cita saya, walau saya sendiri belum mampu nak menghafaz surah al-Baqarah tetapi mengimpikan anak-anak (lelaki terutamanya) semuanya hafaz al-Quran.  Salah ke nak bercita-cita setinggi langit? Saya percaya ibu-ibu yang sedang membaca celoteh saya ni pun ada cita-cita macam tu kan?

Bila difikirkan realiti kita yang bekerja di pejabat, dari pagi hingga ke petang. Dah balik rumah waktu petang berkejar dengan tugasan di rumah pula.  Yang kecil minta didukung maklumlah seharian ditinggal di taska, yang sekolah sibuk minta tengokkan 'homework', yang tadika baru pandai membaca ni sibuk pula minta kita dengar dia baca buku huhu... rasa macam tak cukup kaki, tangan dan telinga!

Syukurlah sejak saya amalkan makan supplement Shaklee, masalah badan penat, cepat rasa nak marah, moody semua tu sudah berkurangan.  Memang banyak membantu terutama sejak saya konsisten minum ESP yang best sangat ni hihi...

Saya nak kongsikan sedikit tips bagaimana menguruskan masa supaya kita dapat meluangkan masa untuk mengajar anak Al-Quran, walaupun sibuk dengan urusan dunia.  Jom baca perkongsian oleh Pn Mazlina Karim pemilik blog http://darwishndarwisya.blogspot.com/   
----------------
Sebenarnya semua orang sibuk.  Bagi saya untuk seorang yang menghargai masa perlu mengurus masa itu dengan sebaiknya. Tahu apa keutamaan. Mereka yang memikirkan nasib keluarga mereka untuk selamat di dunia dan di hari akhirat sahaja yang akan sanggup meluangkan sedikit masa sibuk dengan urusan dunia itu untuk mengajar anak mereka al Quran. Perkara yang perlu dititik beratkan dalam usaha kita mengejar masa:
1. Fizikal 
Jangan gemuk. Gemuk adalah tanda kita selalu kalah dalam melawan nafsu (nafsu makan) dan mempunyai penyakit M.A.L.A.S. Rasulullah juga tidak mahu umatnya gemuk-gemuk. Saya memang ada alat timbang badan (weighing scale) untuk memeriksa berat badan saya sendiri. Saya agak weight conscious juga tau!
 -- saya amalkan makan Omegaguard, herblax dan alfalfa. Syukur berat badan tak bertambah malah semakin menurun!
2. Stamina kita. 
Pastikan kita tahu bagaimana cara pernafasan yang  baik dan jadualkan diri untuk melakukan excercise. Untuk permulaan, excercise itu bagi yang tidak biasa akan rasakan ianya amat meletihkan tetapi cuba tetap lakukan dalam seminggu, InsyaAllah ia akan menjadikan anda bertenaga dan segar. Menjadi kewajipan untuk saya 'halau' anak-anak saya setiap petang untuk pergi keluar bermain . Walaupun dirumah juga mereka bermain tetapi diluar lebih banyak dalam bentuk fizikal seperti berlari dengan kawan-kawan dan sebagainya.. Biar mereka terbiasa untuk riadah seperti ini sehingga besar. Tubuh yang sihat, akan menghasilkan minda yang sihat.
3. Makanan kita
Jaga pemakanan. Pastikan makanan dari halal dari sumber yang halal. Makanan yang dari sumber yang ragu atau tidak halal akan menyebabkan kita berat untuk melakukan kebaikkan seperti mengajar mengaji dan sebagainya. Juga kembali kepada sunnah. Saya tidak mahu kondem multivitamin yang di propoganda kan sebagai bagus, kerana saya tidak mengambilnya. Saya lebih mempercayai amalan Rasulullah s.a.w. daripada mempercayai multivitamin yang direka barat. Mungkin ada yang fikir saya ini kolot sedangkan bidang pengajian saya dahulu adalah Applied Science.
-- sebab itu kena ambil tahu supplement yang anda makan, jangan main telan aje. Pilihlah vitamin/supplement semulajadi, bukan sintetik.  lebih baik anda tak makan supplement langsung daripada ambil vitamin sintetik yang memudaratkan! Saya pilih Shaklee, selamat, semulajadi dan berkesan!
3 Keutamaan (Prioritization)
Semua perkara dalam hidup kita penting tetapi pastikan yang mana lebih penting. Jangan keliru dalam meletakkan yang lebih penting itu. Contohnya.. Jika kita perlu mengajar anak waktu malam, dan selepas makan malam. Adakah membasuh pinggan yang berlambak disinki adalah lebih penting atau mengajar anak lebih penting? Jika kita memilih membasuh pinggan kerana tidak tahan melihatnya begitu maka selesai sahaja anak sudah tertidur. maka terlepaslah peluang untuk mengajar mereka. (Pantang saya adalah jika anak tidur, jangan kejutkan untuk mengaji, biar mereka tidur) 
5. Matlamat
Wujudkan matlamat. Jangan jadikan keputusan akhir sabagai tanda ukur pencapaian kerana Allah tidak melihat hasil tetapi proses kita berusaha untuk mencapai hasil itu yang akan dikira. Berjaya atau tidak itu adalah perkara kedua. Allah akan memilih samada akan diberikan apa yang kita usahakan kepada anak kita itu atau tidak.  Yang penting kita telah melakukan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan kepada kita. Ini dapat mengelakkan diri kita stress melihat pencapaian anak. 
6. Fokus dan konsisten
Fokus, fokus dan fokus. Usaha yang fokus akan lebih memberi impak walaupun sedikit. Contohnya air setitik-setitik jatuh keatas batu secara konsisten, lama kelamaan ia akan meninggalkan lekuk berbanding air dilimpahkan dengan banyak di seluruh permukaan batu tersebut. Faham maksud saya? 
7. Motivasi Diri (Self Motivation)
Setiap orang perlu mempunyai inspirasi. Cari sumber inspirasi anda sendiri. Adakah dia Ibu Sultan Muhammad Al Fateh untuk menjadikan anak hebat agamanya. Atau jika ibubapa memilih untuk anak hebat dalam bidang muzik adakah Ibu Vanessa Mae (pemain Violin terkenal) menjadi sumber inspirasikita? Samada cita-cita kita ingin menjadikan anak kita yang mana satu, semuanya perlu inspirasi dan motivasi. 
Ini adalah sebahagian dari apa yang perlu dalam persediaan ibubapa sebelum mengajar anak mereka al Quran atau apa sahaja. Sudah sememangnya yang paling utama dalam senarai ini adalah memiliki ilmu mengajarnya dahulu. Jika ada alat-alatan untuk mengajar, tetapi tidak tahu menggunakannya, tidak kemana juga akhirnya.  

----
Benarlah kata-kata bijak pandai: hanya orang yang sibuk sahaja punya masa!

Comments

ida =) said…
as salam,
suka masuk sini. byk dpt info berguna
Nor said…
Alhamdulillah..perkara baik elok kita kongsi dan sebarkan