Blueberry muffin

Aktiviti hujung minggu cuti sekolah. Sengaja pilih resepi ini sebab ia mudah dan 'gerenti' jadi. Sesuai untuk diajar kepada anak-anak,mesti mereka seronok!


Inilah juga pilihan menu untuk jamuan hari guru di sekolah mereka minggu lepas. Kali ini saya biar mereka cuba sendiri.


Jom semak resepi yang saya salin dari fotopages rinnchan.


BLUEBERRY MUFFIN 

Bahan-bahan: 

280gm butter 

240gm gula castor 

4 biji telur 

2 camca kecil esen vanilla 

250ml susu segar 

400gm tepung gandum

4 camca kecil baking powder 

Blueberry filling secukupnya. 


Cara-cara: 

1. Ayak tepung gandum dan baking powder sebanyak 3 kali. Ketepikan. 

2. Pukul butter dan gula caster hingga berkrim dan putih gebu. 

3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul adunan. 

4. Masukkan esen vanilla dan susu segar. Pukul sebati. 

5. Kaupbalikkan tepung ke dalam batter sedikit demi sedikit. Jangan terlebih mengadun. 

6. Isikan adunan ke dalam muffin cups separuh penuh. Isikan sesudu blueberry filling dan 

tutup semula dengan batter sehingga tiga per empat penuh. 

7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min -30min.


Saya dapat 72 biji muffin saiz kecil ini.

Kadang saya olah resepi ini dengan menggantikan tepung gandum kepada tepung naik sendiri,jadi tak perlu masukkan baking powder dan hanya ayak sekali sahaja. Hasilnya saya dapat cupcake! Owh ada beza ye antara cupcake dengan muffin. Tekstur muffin lebih padat berbanding cupcake.


Selamat mencuba!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Comments