Wednesday, April 11, 2012

  Yong Taufu resepi mak mertuaku

Saya tak pernah makan yong taufu, antara sebabnya ialah susah nak dapat keluaran Muslim.  Kebanyakan yang dijual di pasaran mahupun pasar malam adalah hasil keluaran bukan Muslim, jadi memang tak dapat nak merasalah macamana rasa yong taufu (YTF) ni.  Hinggalah bila berkahwin dengan orang Selangor (ehh orang bukan Selangor pun ada juga buat YTF ni kan?), mak mertua memang terkenal dengan resepi YTF yang sedap dan lazat ni.  Agak berbeza dengan YTF yang biasa nampak dijual di pasar malam, YTF ini memang special.  Jom cuba!

Kepada yang ingin mencuba resepi ni, umi nak warning sikit; resepi ni memang leceh, banyak kerja dan renyah membuatnya. Tapi untuk hasil yang sangat memuaskan hati, apa salahnya mencuba kan? Mak teh jangan lupa cuba ye?

Bahan-bahan hanya sayuran (peria, terung, bendi, cili merah, cili hijau), tauhu dan isi ikan tenggiri. Mula-mula ambil isi ikan (mentah ye) tambah sedikit tepung ubi dan tumbuk lumat. Bersihkan sayuran, keluarkan biji cili, biji bendi. Sumbat isi ikan tersebut. Kemudian sayuran berinti ikan ini digoreng. Ada juga yang kukus atau rebus, tapi saya rasa yang digoreng lebih sedap (lebih berminyak huhu...). Sesekali nak makan biar yang sedap kan? (alasan untuk sedapkan hati sendiri nih)
sebelum
YTF ini boleh dicicah bersama sos, makan bersama sup. Oh ya, sup lupa nak tunjuk kat sini. Senang aje buat sup, hanya tumis bawang putih dan sedikit taucu, masukkan tulang dan kepala ikan tenggiri tadi bersama air secukupnya. Jangan lupa letak sedikit garam tau.
selepas.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




2 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com